Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat mahu Rose, Bruno Mars bercinta

    Seperti diketahui, penyanyi Bruno Mars dan ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose baru sahaja melancarkan single duet mereka bertajuk APT.

    Selain menampilkan keserasian dalam muzik video, ramai peminat teruja melihat keakraban dua penyanyi popular itu apabila Rose memuat naik video mereka sedang menonton perlawanan bola sepak bersama.

    Berdasarkan video di Instagram Story tersebut, kelihatan mereka sedang gembira ketika menonton perlawanan bola sepak di Brazil.

    Melihat ruangan komen di halaman X Pop Crave, rata-rata peminat mendoakan supaya mereka berdua mempunyai hubungan lebih serius berbanding sekadar rakan industri.

    “Mereka sangat seronok bersama. Nampak sangat serasi kalau bercinta.

    “Harapnya mereka sekarang ini bercinta. Saya sangat seronok kalau dapat tahu mereka bercinta.

    “Comel! Harapnya selepas ini mereka beritahu yang sedang bercinta,” kata peminat, memetik laporan mStar.

    Bagaimanapun terdapat juga peminat tidak bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan Bruno Mars mempunyai teman wanita iaitu Jessica Caban sejak 13 tahun lamanya. – Agensi

    Peminat suka dengan telatah Bruno Mars dan Rose. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda