Setiap apa yang berlaku pasti ada ‘asbab’ yang tersembunyi. Demikian luahan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengulas berita seorang peminat memeluk agama Islam selepas mendengar lagu Aisyah Istri Rasulullah yang dinyanyikan semula dan dimuat naik secara santai menerusi aplikasi Smule, baru-baru ini. Selepas lagu berkenaan dikongsi peminat dalam laman YouTube, Siti kemudiannya memuat naik rakaman