Saturday, November 2, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat pening layan kisah cinta Shawn dan Camila

    Penyanyi Shawn Mendes tampil dalam satu rakaman podcast menceritakan mengenai perkembangan terkini hubungannya bersama Camila Cabello.

    Kata Shawn, dia dan Camila masih mempunyai hubungan mesra, namun jarang kelihatan bersama kerana inginkan privasi.

    “Saya dan Camila membuat kerja yang bagus dalam memelihara cinta kami antara satu sama lain secara privasi.

    “Walaupun berjuta-juta orang yang tidak bersetuju dengan hubungan kami, namun kami sangat sukar untuk terpengaruh dengannya. Ini adalah cinta sejati antara saya dan dia.

    Camila seorang yang luar biasa,” katanya.

    Shawn dan Camila mahu hubungan mereka berjalan secara peribadi. – Glamour

    Menurut mStar, Shawn memaklumkan perkara itu dalam satu sesi podcast bersama Jay Shetty baru-baru ini.

    Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat berasa terkejut dengan pendedahan Shawn kerana mereka menganggap bahawa dua selebriti itu sudah tidak lagi mempunyai hubungan mesra.

    “Biar betul mereka masih bercinta? Bukankah sudah putus? Berapa banyak lagi mahu kembali semula?

    “Mereka ini memang ‘on off’ bercinta ke? Peninglah!” luah peminat.

    Untuk rekod, Shawn dan Camila pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2019 dan putus pada 2021.

    Shawn dilaporkan kembali bersama Camila apabila mereka secara terbuka bercium di Festival Muzik dan Seni Coachella di California pada awal 2023 dan hanya mampu bertahan sehingga pertengahan tahun tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda