Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat puji busana Gwen Stefani

    Penyanyi terkenal antarabangsa Gwen Stefani menampilkan busana yang cukup menarik perhatian, ketika berduet bersama anak didiknya Carter Rubin di atas pentas The Voice.

    Gaun kembang bak pokok Krismas yang digayakan oleh isteri kepada Blake Shelton ini, semasa membuat persembahan bersama Carter Rubin dalam program pertandingan nyanyian realiti The Voice sememangnya mencuri tumpuan peminat.

    Melihat gaun yang dipakai penyanyi veteran ini dimuatnaik di Instagramnya, ramai peminatnya membanjiri ruangan komen dengan mengatakan betapa mereka suka dengan rekaan busana yang berkonsepkan pokok Krismas tersebut.

    “Gaun awda hampir cantik seperti awda.”

    “Dia nampak cantik seperti pokok Krismas gergasi”

    “Busana yang menarik” komen mereka

    “Ini salah satu busana kegemaran saya yang awda gayakan! Carter pun menarik juga!” antara komen-komen yang memuji busana Gwen Stefani. – Agensi

    Gwen Stefani menampilkan busana yang cukup menarik perhatian dengan rekaan busana yang berkonsepkan pokok Krismas. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda