Penampilan penyanyi, Lisa Blackpink mengenakan stoking koyak pada bahagian ibu jari kaki mencuri perhatian peminat.
Perkara itu dikongsi sendiri Lisa menerusi IG Story miliknya yang memperlihatkan stoking berwarna merah jambu yang dipakai koyak sehingga menampakkan kuku ibu jarinya.
Menurut petikan dalam mStar, sarung kaki itu juga sudah kelihatan lusuh namun dipercayai ia adalah stoking kegemarannya.
Peminat bagaimanapun memuji penyanyi itu yang disifatkan sebagai rendah diri meskipun seorang jutawan.
Apa menarik perhatian adalah seorang peminat mendakwa sarung kaki yang dipakai Lisa adalah pemberiannya.
“Dia banyak duit tapi tetap pakai stoking berlubang… Seorang yang rendah diri, tak malu tunjuk stoking dia koyak.
“Stoking itu saya hadiahkan pada tahun 2020, tak sangka Lisa pakai juga stoking murah pemberian saya,” komen warganet. – Agensi
