Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat puji sikap rendah diri Gong Yoo

    Pelakon terkenal Gong Yoo menjadi perhatian peminat apabila dilihat membantu mengambil foto pelancong ketika bercuti di Bali, Indonesia.

    Kompas melaporkan bintang filem Train To Busan itu sedang bersantai di tepi kolam renang sebelum didekati seorang pelancong asing yang memintanya mengambil gambarnya.

    Peminat yang memerhati pelakon Korea Selatan itu dari jauh sempat merakamkan aksi berkenaan sebelum ia menjadi tular di media sosial.

    Dalam video tersebut, Gong Yoo dilihat tampil tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek berwarna hijau yang dipadankan dengan cermin mata hitam dan topi.

    Foto yang viral di media sosial itu mengundang pelbagai reaksi peminat.

    “Jauh-jauh datang ke Bali, tapi disuruhnya jadi tukang ambil gambar.

    “Bang, itu Gong Yoo… Ada ke patut suruh Gong Yoo ambilkan foto,” komen warganet.

    Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai mogumogu berkongsi paparan skrin layar perbualan bersama kakaknya yang turut berjumpa Gong Yoo sedang bersantai di tepi pantai.

    Untuk rekod, Bali sering menjadi destinasi bercuti selebriti Korea termasuk Kim Woo Bin, Ahn Bo Hyun dan Hyoyeon SNSD. – Agensi

    Peminat teruja lihat Gong Yoo di Bali. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda