Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seluar Akon hampir terlondeh ditarik peminat rakus

    Konsert Akon di Bengaluru, India kecoh apabila penyanyi antarabangsa itu menjadi mangsa ‘rakus’ peminat yang menarik seluarnya di kawasan VIP sekali gus mencetuskan kemarahan warganet seluruh dunia.

    Insiden memalukan itu berlaku ketika Akon membuat persembahan dalam acara Jelajah India 2025 yang sebelum ini berjaya menarik puluhan ribu peminat di Delhi dan beberapa lokasi lain.

    Menerusi video yang dikongsi pengguna Instagram, Zumair Khaja, kelihatan Akon sedang beraksi di hadapan penonton sambil menyanyikan lagu hit kolaborasinya bersama David Guetta, Sexy Bitch.

    Namun suasana tiba-tiba menjadi janggal apabila beberapa peminat di kawasan VIP dilihat menarik seluarnya sehingga menampakkan seluar dalam berwarna biru gelap.

    Akon yang jelas terkejut dilihat beberapa kali menarik semula seluarnya sambil cuba mengekalkan profesionalisme dan meneruskan nyanyian seperti tiada apa berlaku.

    Tindakan tidak bertanggungjawab itu pantas mengundang kecaman ramai yang menganggap perlakuan tersebut biadab dan tidak menghormati artis.

    Walaupun menerima gangguan sebegitu, Akon tetap tenang dan tidak meninggalkan pentas, sekali gus mendapat pujian kerana sikap profesional yang ditunjukkan. – Agensi

    Akon kekal profesional ketika buat persembahan di konsertnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda