Saturday, February 22, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat restu hubungan J-Hope, Nayeon

    Spekulasi mengenai hubungan di antara anggota kumpulan BTS iaitu J-Hope dan Nayeon (Twice) menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

    Mana tidaknya, peminat perasan kedua-dua selebriti terkenal ini memuat naik foto di sebuah restoran yang sama di Perancis.

    Hasil penyelidikan peminat, sudut foto serta hidangan yang dipesan menunjukkan J-Hope, 31, dan Nayeon, 30, duduk berhadapan antara satu sama lain.

    Dakwa peminat, ini bukan kali pertama mereka memberi ‘hint’ tentang hubungan mereka malah sejak 2021 J-Hope dan Nayeon sering memuat naik foto di tempat sama.

    Bagaimanapun, kedua-dua syarikat pengurusan penyanyi itu, HYBE dan JPY Entertainment tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung khabar angin tersebut.

    Sementara itu, ramai memberi restu dan sokongan penuh jika benar kedua-dua mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

    Malah ramai memuji keserasian yang wujud di antara J-Hope dan Nayeon malah menyifatkan mereka pasangan comel.

     “Kalau betul mereka bercinta, saya setuju sebab mereka nampak serasi dan comel bersama; Ini berita menggembirakan sebab sebagai peminat, saya memang menantikan berita tentang percintaannya,”antara komen peminat. – Agensi

    Khabar angin percintaan J-Hope dan Nayeon tersebar.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda