Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat risau kelakuan aneh Britney Spears

    Penyanyi Britney Spears (gambar-Agensi) baru-baru ini menghebohkan wargenet terutama kalangan peminatnya akibat daripada selebriti terkenal tersebut berkelakuan aneh di media sosial dengan menghapus akaun Instagramnya secara tiba-tiba. Oleh karena itu, peminatnya khuatir akan keadaannya.

    Tindakan aneh itu menimbulkan spekulasi buruk dari warganet atau peminatnya. Hal ini ditambah dengan Britney yang sempat mengubah nama akaun kepada ‘River Red’ sebelum akhirnya menghapus akaun tersebut. 

    Spekulasi tersebut semakin kuat dengan kelakuan aneh yang sempat Britney lakukan di akhir tahun 2022. Britney pernah memuat naik sebuah video di mana dirinya tengah berjoget ria kemudian langsung membenamkan wajahnya ke dalam kek ulang tahunnya.

    Memetik dari Page Six, peminat membuat laporan polis sejurus saja mengetahui bahawa akaun Instagram Britney hilang. Sekalipun, ini bukan yang pertama kalinya peminat mendapti akaun Britney hilang begitu saja.

    Namun, kali ini peminatnya begitu khuatir sekiranya Britney akan menyakiti dirinya sendiri atau depresi sampai melakukan tindakan yang tidak diinginkan. Oleh karena itu, peminat memutuskan untuk melapor kepada polis sejurus selepas akaunnya hilang.

    Pihak polis, walaupun tidak yakin dengan dakwaan sesetengah peminat tersebut, namun tetap memeriksa keadaan Britney di rumahnya dan memaklumkan semua dalam keadaan baik.

    Britney sempat bersuara mengenai hal itu melalui Twitternya dengan menyatakan dirinya begitu menghargai para peminatnya yang sangat peduli keadaan dirinya tetapi dia berpendapat bahawa ia keterlaluan dan menganggu kehidupan peribadinya. – Agensi

    Britney menerima kunjungan dari pihak polis setelah peminatnya melaporkan kelakuan aneh sekali gus bimbang jika dia mengalami depresi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda