Penampilan Han So Hee menjadi bualan peminat apabila bahagian tengah kepala aktres berkenaan dilihat mula botak.
Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, rambut pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan jarang yang sedikit sebanyak mencacatkan penampilannya.
Memetik laporan dalam mStar, difahamkan foto tersebut dirakam oleh seorang peminat So Hee ketika dia bertemu pelakon itu baru-baru ini.
Keadaan rambut So Hee yang gugur itu membuatkan peminat turut bimbang tentang kesihatannya termasuk masalah alopecia areata seperti mana dialami aktres Jada Pinkett Smith.
Namun ada juga berpendapat kepala So Hee kelihatan botak disebabkan faktor cahaya ketika gambar itu diambil.
“Rasanya rambut dia tebal, mungkin sebab cahaya nampak nipis dan botak tengah.
“Mungkin dia mengalami masalah rambut gugur, harap dia dapatkan rawatan sebelum terlambat,” komen peminat. – Agensi