Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat Roma bebas tuduhan

    LONDON, 19 Okt – Seorang peminat bola sepak Itali dilepaskan daripada tuduhan menyebabkan kecederaan teruk kepada peminat Liverpool dalam insiden serangan sebelum aksi Liga Juara-Juara menemukan Roma dan Reds, Mei lalu.

    Filippo Lombardi, 21, didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Preston Crown atas serangan terhadap Sean Cox, warganegara Ireland yang hakim gambarkan mengalami ‘kecederaan amat teruk’ susulan serangan berkenaan.

    Lombardi begitupun akan tetap dijatuhkan hukuman bagi pertuduhan kekerasan yang diakui olehnya sebelum perbicaraan bermula pada minggu lalu.

    “Bola sepak menggambarkannya sebagai permainan yang cantik tetapi sesuatu yang buruk berlaku di luar Stadium Anfield apabila Sean Cox diserang dan mengalami kecederaan amat teruk, yang jelas akan merosakkan reputasinya,” kata hakim, Mark Brown.

    Cox mengalami kecederan trauma otak selepas diserang di luar Stadium Anfield dan ketika ini masih belum boleh bercakap atau berdiri tanpa dibantu.

    Mahkamah mendapati seorang lagi lelaki bertanggungjawab terhadap tumbukan dan sepakan yang menyebabkan Cox terjatuh tetapi pihak pendakwaraya berkata Lombardi menghayunkan tali pinggangnya selepas Cox terjatuh dan turut menyertai serangan itu.

    Masalah timbul di bandar Liverpool sebelum perlawanan itu berlangsung apabila lebih 50,000 peminat menuju ke Anfield termasuk 5,000 peminat Roma.

    Liverpool menang perlawanan itu 5-2. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda