Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat syak Syahrini hamil

    Penyanyi Indonesia Syahrini dikatakan sedang hamil anak pertama selepas foto terbaharunya tular di media sosial.

    Peminat mula membuat spekulasi Syahrini berbadan dua selepas gambarnya sedang berjalan bersama suami iaitu Reino Barack berjaya dirakam warganet sebelum ia tular di media sosial.

    Warganet mula membuat andaian penyanyi itu hamil apabila bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi meskipun dalam persalinan jubah yang longgar.

    Ramai percaya Syahrini atau lebih mesra disapa Princess sedang hamil kerana foto dikongsi di Instagram miliknya kelihatan berbeza.

    “Badannya semakin bertambah maksudnya dia sedang hamil, Alhamdulillah… Tetapi kenapa foto yang dimuat naik di Instagram nampak langsing?

    “Benarkah itu Princess? Kenapa berbeza sangat dengan foto di Instagram,” komen warganet memetik laporan mStar.

    Sebelum ini, Syahrini mengambil keputusan berehat dari dunia hiburan selepas melangsungkan pernikahan dengan Reino pada 2019.

    Penyanyi tersebut juga dilaporkan memang sedang berusaha menimang cahaya mata namun masih belum diberikan rezeki. – Agensi

    Syahrini didakwa sedang hamil anak pertama. – viva.co.id
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda