Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat tak puas hati Adam kembali jadi juri The Voice

    Kemunculan semula penyanyi Adam Levine sebagai juri pertandingan nyanyian The Voice bagi musim ke-27 mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat program berkenaan.

    Memetik kenyataan mStar, di sebalik komen-komen positif yang meraikan pengumuman itu, ramai juga peminat menyuarakan rasa kurang senang dengan pemilihan Adam.

    Dakwa warganet, Adam bukanlah seorang juri yang layak untuk menilai dan melatih peserta.

    “Dia sekarang sudah tidak ada kerjaya, sebab itu dia kembali.

    “Selepas apa yang dia buat kepada peserta terdahulu, kami tidak mahukan dia dalam rancangan ini.

    “Dia berkemungkinan mahu mencari mangsa yang seterusnya untuk berlaku curang,” kata mereka.

    Komen-komen negatif itu dilemparkan berikutan kerjaya muzik Adam yang kini dianggap tidak relevan dan sudah tiba masanya pihak produksi mencari wajah baharu menggantikannya.

    Adam yang juga vokalis Maroon 5 menjadi juri The Voice selama 16 musim sebelum meninggalkan rancangan itu pada 2019. – Agensi

    Kemunculan Adam mendapat kecaman orang ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda