Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat tak restu hubungan Luna Maya dan Maxime Bouttier

    Pelakon Luna Maya dikatakan sedang hangat bercinta dengan aktor, Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

    Khabar tersebut mula tersebar apabila Luna menghadiri majlis ulang tahun Maxime yang ke-30 pada 22 April lalu.

    Hubungan mereka mula dihidu peminat apabila terdapat suara seorang wanita yang meminta Maxime menipu lilin di atas kek dengan mesra dipercayai milik aktres berkenaan walaupun bayangnya tidak kelihatan.

    “Cepat tiup lilin, dah 30 tahun kena tiup dengan cepat. Satu, dua, tiga jom tiup,” kata wanita berkenaan.

    Tidak lama selepas itu Luna berkongsi gambarnya bersama Maxiem membuatkan ramai tidak menyangka Luna dan Maxime sememangnya sedang bercinta.

    Hubungan Luna dan Maxime tidak direstui peminat. – Agensi

    Walau bagaimanapun segelintir warganet tidak merestui hubungan pasangan tersebut kerana perbezaan usia mereka.

    Malah ada juga yang meminta Maxime kembali ke pangkuan bekas kekasihnya iaitu Prilly Latuconsina.

    “Memang sama-sama bujang, mereka tak sesuai, bagai ibu dengan anak.

    “Harap Maxime berbalik semula dengan bekas kekasihnya.

    Mereka mungkin ada hubungan disebabkan sering bersama, antara komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda