Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Peminat tak restu hubungan Taylor, Matty

    Penyanyi Taylor Swift masih lagi mengunci mulut berhubung khabar angin dia kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy.

    Lebih menguatkan spekulasi apabila Taylor dan Matty dikatakan keluar makan malam bersama di sebuah restoran di Casa Cipriani, New York City, baru-baru ini.

    Menerusi foto yang tersebar di laman Twitter, pasangan berkenaan dilihat berpegangan tangan semasa berada di restoran berkenaan.

    Malah mereka juga dilihat bahagia melalui hubungan itu meskipun peminat seakan tidak merestui mereka bersama.

    “Mereka sudah sah bercinta walaupun peminat tak setuju.

    Peminat harap Taylor cari pasangan yang lebih baik. – Agensi

    “Dia boleh cari yang lebih baik, tetapi jika dia sudah suka, tidak boleh buat apa-apa,” antara komen warganet.

    Sebelum ini, media melaporkan penyanyi Love Story itu sudah bertemu pengganti selepas sebulan berpisah dengan Joe Alwyn.

    Malah menurut sumber terdekat Taylor, penyanyi berkenaan dan Matty pernah bersama sekitar 10 tahun lalu namun percintaan mereka ketika itu hanya berlangsung dalam tempoh singkat.

    Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan masih lagi belum mengesahkan hubungan mereka kepada umum.

    Untuk rekod, Taylor dan Joe menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 namun mereka berpisah pada April lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...