Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Peminat tak setuju Hyuna dan Junhyung bercinta

    Selepas ramai yang berteka-teki tentang hubungan penyanyi, Hyuna dan Yong Junhyung, akhirnya mereka seolah-olah memberi bayangan mengesahkan kisah cinta bersama.

    Menurut mStar yang memetik hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, kedua-dua individu tersebut berkongsi foto yang sama dan Hyuna pula menulis kapsyen dengan meletakkan emoji pasangan kekasih.

    Dalam gambar berkenaan, mereka dilihat berpegangan tangan ketika sedang berjalan di pantai.

    Di sebalik kisah bahagia itu ramai juga dalam kalangan peminat yang tidak bersetuju dengan pilihan Hyuna kerana Junhyung sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi.

    Sekitar tahun 2019, nama Junhyung pernah menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan menyertai satu kumpulan sembang (chat group) berunsur lucah.

    Bekas anggota kumpulan Beast ini juga dipanggil pihak berkuasa bagi memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam kumpulan berkenaan.

    Menjawab tentang kisah cinta itu, wakil pengurusan kedua-duanya memaklumkan pihak mereka tidak campur tangan dalam urusan peribadi.

    “Percintaan adalah hal peribadi artis. Kami tidak campur tangan urusan peribadi artis,” jelas wakil berkenaan. – Agensi

    Hyuna dan Junhyung mengesahkan hubungan cinta mereka. – Koreaboo
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...