Oleh Adib Noor
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Lebih 50 peminat kelab bola sepak Manchester United (United) dari pelbagai kelab peminat tempatan berkumpul bagi membincangkan perkembangan selanjutnya untuk kelab peminat United tempatan dan meraikan pencapaian kelab bola sepak popular itu.
Hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis ramah mesra itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil.
Dalam ucapan alu-aluan pengerusi acara, Haji Mohammad Taha berkongsi bahawa Brunei sedang dalam proses pendaftaran secara rasmi sebagai Peminat Kelab Bola Sepak Manchester United.
“Kami di sini bersatu menunjukkan penghargaan kepada kelab yang kami sokong,” katanya lagi, yang juga pengasas peminat kelab bola sepak United tempatan, UKHUAW.
Beliau seterusnya menambah bahawa perhimpunan itu adalah untuk meraikan kelayakan kelab bola sepak itu dalam Liga Juara-Juara serta mara ke final Piala FA.
Perhimpunan dimeriahkan dengan berkongsi cerita dan bergambar berkumpulan bagi memperingati hari tersebut.