Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat terkejut lihat wajah tembam Lee Min Ho

    Perubahan fizikal pelakon Lee Min Ho yang dilihat semakin berisi ketika menghadiri acara Merz Aesthetics Expo di Thailand baru-baru ini membuatkan peminat terkejut.

    Menerusi video yang tular di media sosial, pelakon berusia 36 tahun itu mengenakan baju serba putih, mesra menyapa peminat.

    Namun wajahnya yang kelihatan semakin tembam menjadi bualan hangat peminat.

    Ramai membuat spekulasi penambahan berat badan pelakon itu disebabkan dia sedang berehat daripada sebarang aktiviti lakonan ketika ini.

    Menjengah ke ruang komen, warganet mengatakan Min Ho sudah tidak sekacak dulu dan wajahnya kelihatan berbeza.

    “Mungkin berat dia bertambah, sebab dia tengah bercuti sekarang ini.

    “Walaupun nampak tembam tapi dia tetap Lee Min Ho saya!

    “Biarlah dia berisi sikit, selepas ini dia boleh turunkan berat badan semula selepas mulakan projek baru,” komen warganet. – Agensi

    Peminat tetap setia walaupun wajah Lee Min Ho sudah berubah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda