Perubahan suara anggota kumpulan BigBang iaitu G-Dragon ketika tampil menerusi sebuah program televisyen di Korea mengejutkan ramai peminat.
Mana tidaknya, suara G-Dragon dikatakan kedengaran lebih garau dan berbeza berbanding ketika awal kemunculannya dalam industri seni.
Malah, ada juga yang menyangka G-Dragon seolah-olah meniru suara bekas anggota kumpulannya iaitu T.O.P.
“Sejak bila suara dia berubah, sekarang macam lagi garau je; Macam mana suara dia boleh lain? Tujuh tahun tak menyanyi boleh ubah suara ke; Bro tu suara T.O.P,” antara komen warganet.
Sementara itu, ada juga yang mengaitkan perubahan tersebut berpunca daripada tabiat merokok penyanyi itu.
Walaupun ada kebimbangan mengenai kesihatan vokalnya, peminatnya tetap menyokong dan menegaskan bahawa perubahan suara adalah normal.
Terbaru, G-Dragon bakal mengubati rindu peminat dengan lagu barunya berjudul Power.- Agensi