Komitmen penyanyi G-Dragon terhadap amalan gaya hidup sihat membuahkan hasil apabila penampilannya nampak berbeza.
Memetik laporan mStar, peminat juga terpegun dengan garis rahang atau jawline G-Dragon yang menyerlah ketika konsert Ubermensch di Stadium Goyang, Korea Selatan baru-baru ini.

“Selepas menurunkan berat badan, dia kelihatan jauh lebih muda.
“G-Dragon nampak semakin muda, saya nak tahu apa rahsia diet yang diamalkan.
“G-Dragon tak dimakan usia, dia tetap sama seperti dulu,” tulis warganet.
Untuk info, konsert Ubermensch World Tour bakal membawa G-Dragon ke beberapa buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Jepun, Indonesia, Hong Kong dan Taiwan.
G-Dragon dijangka bakal menghiburkan peminat di Malaysia selama dua malam iaitu pada 19 dan 20 Julai di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Konsert jelajah itu sebagai menyokong album studio ketiganya berjudul Ubermensch yang dilancarkan pada awal Februari 2025. – Agensi