Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat teruja, WoW kembali lagi di China

    BEIJING, 2 OGOS – Peminat permainan video di China meraikan berita gembira apabila World of Warcraft (WoW) kembali dalam talian kelmarin, selepas dihentikan pada Januari 2023 berikutan pertikaian kontrak antara pembangun Amerika, Blizzard dan rakan kongsi tempatan, NetEase.

    Perjanjian baharu antara kedua-dua firma itu menyaksikan permainan popular itu akan kembali ke skrin China secara berperingkat, bermula dengan WoW kelmarin.

    Langkah itu diambil selepas pengumuman bahawa beberapa permainan lain seperti Overwatch juga akan kembali.

    Di sebuah kafe internet di Beijing, Wei Jia, 35, antara peminat setia WoW, mengongsikan kenangannya apabila mendapat tahu permainan tersebut akan kembali semula.

    “Bermain permainan ini seperti mengambil perjalanan menyusuri lorong kenangan,” katanya.

    “Saya akan berjaga sepanjang malam selama seminggu penuh untuk memainkannya,” tambahnya.

    Beliau mengakui bahawa usianya kini membuatkan dia tidak boleh ‘bermain sehebat dulu’ tetapi masih amat menyukai permainan tersebut. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda