Wednesday, April 23, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat upah badan bebas halang sebar fitnah Kim Soo Hyun

    Ketika ramai memberi kecaman namun masih ada segelintir peminat tetap memberi sokongan terhadap pelakon Kim Soo Hyun.

    Enggan imej Soo Hyun terus tercemar, sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menghalang mana-mana pihak terus menyebar berita palsu tentang pelakon berkenaan, menurut laporan mStar.

    Tegas mempertahankan artis kesayangan mereka, tindakan saman bakal diambil terhadap penyebar fitnah termasuk dari luar Korea Selatan.

    “Masih ada cerita dan fitnah tersebar melibatkan Kim Soo Hyun dibuat oleh orang yang tiada kaitan dengannya. Kami akan teruskan dengan laporan jenayah,” jelas wakil pertubuhan berkenaan.

    Sementara itu wakil peguam kepada gerakan tersebut mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara berkenaan.

    Nama Soo Hyun sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia dikaitkan dengan kematian pelakon mendiang Kim Sae Ron.

    Soo Hyun dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sae Ron ketika mendiang masih di bawah umur.

    Sae Ron telah ditemukan mati di rumahnya pada 16 Februari lalu dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – Agensi

    Peminat pertahankan nama baik Soo Hyun. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda