Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemindahan sementara Wad 21, 22 di Hospital RIPAS

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Pesakit-pesakit di Wad 21 dan Wad 22, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan berpindah sementara ke tempat-tempat yang ditetapkan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan unit penyaman udara di wad-wad tersebut.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa pesakit di Wad 21 akan berpindah sementara ke Wad 1 iaitu Blok 1, berdekatan Lobi 5 bermula 5 Februari dan pesakit di Wad 22 akan berpindah ke Wad 2 iaitu Blok 1, berdekatan Lobi 5 bermula 7 Februari. Pesakit-pesakit di wad-wad berkenaan akan berpindah balik semula ke tempat asal setelah kerja-kerja penyelenggaraan unit penyaman udara selesai dilaksanakan.

    Manakala itu, pesakit-pesakit di Wad 2 iaitu Coronary Care Unit, akan berpindah ke tempat asal di Wad 25, Tingkat 4, Blok 1, Hospital RIPAS pada 6 Februari.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah itu, adalah sangat-sangat dihargai.

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda