Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pempengaruh bayar berjuta demi ‘abs’ tiruan

    Pempengaruh dari China, Andy Hao Tienan mengaku membelanjakan kira-kira RM2.2 juta semata-mata untuk mendapatkan otot perut atau ‘abs’ palsu menggunakan suntikan asid hyaluronik.

    Menurut Andy, dia mengambil 10,000 suntikan bagi membentuk lapan ketul abs tiruan itu.

    Projek ini digelar sebagai bina badan tanpa gim dan setakat ini baru 40 peratus daripada rancangan selesai.

    Andy juga mendakwa dirinya adalah orang pertama di China yang sanggup melakukan prosedur ekstrem ini.

    Lebih menarik, dia merancang untuk memohon Guinness World Record mengikut kategori ‘abs’ tiruan paling tahan lama hasil asid hyaluronik.

    Sebelum ini, Andy juga pernah menyuntik bahan yang sama pada bahu, tulang selangka dan dada bagi membentuk badan idaman.

    Walau bagaimanapun, doktor yang merawatnya memberi amaran bahawa terdapat risiko jangka panjang yang mungkin perlu dihadapi pada masa depan.

    Sekadar info, asid hyaluronik merupakan bahan yang biasanya digunakan dalam produk penjagaan kulit, bukan untuk membina otot. – Agensi

    Tag: media permata, berita brunei, berita terkini, berita hiburan

    Andy mengaku jadi orang pertama lakukan prosedur ekstrem. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda