Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pempengaruh Tiktok meninggal muda akibat mukbang

    ISTANBUL, 16 MAC – Efecan Kultur, seorang personaliti media sosial Tiktok dari Turki telah kehilangan nyawanya pada usia 24 tahun akibat komplikasi kesihatan berkaitan obesiti.

    Trend mukbang yang berasal dari Korea Selatan, di mana pempengaruh merakam video dirinya sedang makan dalam jumlah yang banyak demi menggembirakan peminat, telah tular dengan cepat ke seluruh dunia menimbulkan kebimbangan tentang obesiti dan juga pembaziran makanan.

    Oddity Central melaporkan bahawa, Efecan Kultur yang berusia 24 tahun adalah salah satu daripada pempengaruh yang popular di Turki dengan mukbang dengan lebih daripada 156,000 pengikut TikTok dan 12,000 pengikut Instagram.

    Malangnya, awal bulan ini, lelaki berusia 24 tahun itu meninggal dunia akibat obesiti.

    Media Turki melaporkan bahawa dia telah bergelut dengan obesiti untuk seketika, tetapi terpaksa meneruskan mukbang dalam media sosialnya.

    Videonya yang suka makan berlebihan mendapat berjuta-juta tontonan di TikTok sahaja dan beribu-ribu penonton untuk melihatnya menikmati jumlah makanan yang berlebihan. Malangnya, kesihatannya merosot pada usia ketika kebanyakan orang berada pada tahap paling sihat.

    Bintang mukbang muda berusia 24 tahun itu mula mengalami masalah pernafasan, disahkan menghidap penyakit jantung dan hampir tidak boleh bangun dari katil.

    Hantaran YouTube terakhirnya dibuat lapan bulan lalu dan video mukbang terakhirnya adalah pada Oktober tahun lalu semasa dia memberitahu peminat tentang rancangannya untuk berdiet dan mengelakkan garam sebanyak mungkin.

    Pada Januari tahun ini, Efecan Kultur mula membuat hantaran dari hospital tempat dia dirawat kerana masalah obesiti.

    Pada 7 Mac, selepas tiga bulan dimasukkan ke hospital, dia disahkan meninggal dunia. Kematiannya yang tragis itu membuktikan ancaman mukbang kepada mereka yang memburu kemasyhuran dan wang. – Agensi

    Efecan Kultur disahkan meninggal dunia akibat mukbang. – Oddity Central
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda