Pemukiman menteri-menteri luar ASEAN ditunda

PUTRAJAYA, 12 JAN – Sesi Permukiman Menteri-menteri Luar ASEAN yang dijadualkan pada 18 dan 19 Januari ini di Kemboja ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Menurut beliau penangguhan itu dimaklumkan kepadanya hari ini selepas beberapa menteri luar ASEAN tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

“Saya sendiri tak dapat hadir sebab ada sidang khas Dewan Rakyat pada 20 Januari dan dengan varian baharu (Omicron), kita tiada lagi (program) test and release, menteri pun kena kuarantin macam orang lain.

“Kalau saya pergi juga (pemukiman) saya tak sempat hadir sidang khas Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun 2022 Kementerian Luar, di sini, hari ini. – Bernama