Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemulihan ekonomi China ‘masih di peringkat kritikal’

    BEIJING, 8 DIS – Presiden Xi Jinping berkata pemulihan ekonomi China berada pada ‘peringkat kritikal’, lapor stesen penyiaran negara, CCTV hari ini, ketika aktiviti domestik yang lembap dan masalah sektor hartanah melambatkan pemulihan pasca pandemik.

    “Pada masa ini, pemulihan ekonomi negara masih di peringkat kritikal,” kata Xi dalam mesyuarat Biro Politik Parti Komunis China, badan pembuat keputusan tertinggi negara itu, menurut CCTV.

    Xi menggesa langkah-langkah untuk merangsang ekonomi, dengan mengatakan bahawa ‘situasi pembangunan yang dihadapi negara ini adalah rumit, dengan peningkatan faktor-faktor buruk dalam persekitaran politik dan ekonomi antarabangsa’.

    “Adalah perlu untuk memberikan tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan sistem perindustrian moden, mengembangkan permintaan domestik dan mencegah serta mengurangkan risiko,” kata Xi.

    Xi juga menekankan keperluan untuk meningkatkan kebergantungan diri dalam sektor sains dan teknologi utama, dan untuk ‘mempercepatkan pembinaan susun atur pembangunan baharu’.

    Ekonomi kedua terbesar di dunia itu berkembang sebanyak 4.9 peratus pada suku ketiga, kurang sedikit daripada sasaran lima peratus Beijing, yang merupakan antara yang terendah dalam beberapa tahun. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda