Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemulihan ekonomi global jadi keutamaan: Duta China

    NEW YORK, 3 JUN – Masyarakat antarabangsa diseru untuk menjadikan pembangunan dan rangsangan pemulihan prestasi ekonomi dunia sebagai keutamaan.

    Seruan itu disuarakan oleh Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun ketika berucap sempena United Nations Global Compact Leaders Summit, secara maya, pada Rabu lalu. Beliau berkata, senario wabak COVID yang terus merebak di dunia menunjukkan betapa banyaknya desakan usaha untuk memperkasakan pengurangan kemiskinan, menjaga ke-selamatan makanan dan memacu ekonomi digital serta kemudahan infrastruktur di seluruh dunia.

    Zhang Jun turut mengulangi pendirian kerajaan China yang sentiasa konsisten menolak amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan dalam sebarang bentuk.

    Beliau juga berjanji bahawa China akan terus mewujudkan suasana perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.

    Di samping itu, usaha turut akan digandakan untuk memastikan projek-projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berjalan dengan lancar menerusi pembinaan berkualiti tinggi sehingga menyediakan lebih banyak peluang kepada peniaga global. – Bernama

    Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyuarakan kepentingan pemulihan ekonomi global kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda