Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pemulihan pelancongan pacu pertumbuhan ekonomi Thailand

    BANGKOK, 21 NOV – Ekonomi Thailand mencatat pertumbuhan dalam suku ketiga, dengan kepulangan pelancong antarabangsa membantu menghapus inflasi tinggi.

    Ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu terjejas akibat pandemik, namun pembukaan semula negara pada awal tahun ini melihat sektor perkhidmatan mencatat peningkatan sebanyak 87 peratus, menurut data rasmi.

    Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional (NESDC) Thailand mencatat peningkatan 4.5 peratus dalam keluaran dalam negara kasar pada Julai hingga September, meramalkan pertumbuhan keseluruhan tahun ini pada 3.2 peratus sementara meramalkan 3 atau 4 peratus bagi tahun 2023.

    “Sektor perkhidmatan ini terus berkembang disebabkan pembukaan semula pelancongan pada awal tahun ini,” kata Danucha Pichayanan, setiausaha agung NESDC, menambah penggunaan persendirian telah meningkat sembilan peratus.

    Thailand dijangka mencatat pendapatan berjumlah 570 bilion baht (AS$15.8 bilion) dalam pelancongan pada tahun ini, selepas mengalu-alukan 10.2 juta pelawat sejak pembukaan semula sempadan – masih lebih rendah berbanding 40 juta sebelum pandemik.

    Namun Danucha berkata terdapatnya tanda-tanda pemulihan, dengan negara itu menaruh harapan pada pelonggaran peraturan perjalanan ketat yang dikenakan oleh China. – AFP

    Gambar bertarikh 18 Julai 2022 menunjukkan pelancong berkumpul dan mengambil gambar di depan Istana Besar di Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...