Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemulihan setara bantu lonjak ekonomi Malaysia

    KUALA LUMPUR, 6 NOV – Malaysia perlu memastikan proses pemulihan yang sama rata jika ingin membina semula ekonomi negara ke arah yang lebih baik dan kukuh selepas dua tahun dilanda pandemik COVID-19, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Muhyiddin berkata kerajaan perlu bertindak secara langsung dan campur tangan apabila perlu memandangkan kadar pemulihan negara kini tidak sekata dengan beberapa sektor pulih lebih baik berbanding sektor lain.

    “Kami memerlukan proses pemulihan yang seimbang supaya jurang perbezaan gaji rakyat Malaysia dapat dihapuskan. Negeri tertentu lebih bergantung kepada sektor tertentu.

    “Contohnya, pelancongan dan pembuatan, pemulihan pelancongan lebih perlahan berbanding pembuatan, negeri bergantung kepada pelancongan, akan pulih lebih perlahan berbanding negeri yang fokusnya pada pembuatan.

    “Kadar pemulihan yang tidak sekata antara negeri akan melebarkan jurang pendapatan dan pembangunan antara negeri.

    “Sebab itu saya telah menekankan penubuhan Majlis Pemulihan Negara peringkat negeri sebelum ini,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

    Bekas perdana menteri itu juga berharap wujudnya keperluan yang mendesak dalam kerajaan untuk mengurus proses pemulihan kerana ia mesti sejajar dengan matlamat pembangunan negara yang lebih panjang, sebagaimana tumpuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk membina ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

    Beliau turut melahirkan kebimbangan, jika pemulihan tidak diberi keutamaan yang sewajarnya, penularan pandemik selama dua tahun akan membawa kepada kehilangan selama sedekad buat Malaysia dan parut tersebut akan kekal dalam beberapa sektor ekonomi. – Bernama

    Calon-calon bagi Parlimen Pagoh (dari kiri) Datuk Seri Razali Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Iskandar Shah Abdul Rahman bergambar bersama selepas pengumuman senarai calon di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda