SYDNEY, 26 MAC – Tahap pemutihan terumbu karang yang membimbangkan telah direkodkan di pantai barat Australia, kata para saintis pada hari ini, menyebabkan sebahagian besar sistem terumbu yang terkenal itu menjadi putih pucat yang tidak sihat.
Gelombang haba laut yang berlaku selama berbulan-bulan telah ‘memasak’ Terumbu Ningaloo yang luas, kata saintis lautan, Kate Quigley, sebahagian daripada taman marin yang tersenarai sebagai warisan dunia dan terkenal dengan terumbu yang berwarna-warni dan ikan jerung yang berhijrah.
Walaupun pegawai alam sekitar masih menilai skala kerosakan, Quigley berkata ia dijangka menjadi kejadian pemutihan besar-besaran terburuk di kawasan itu dalam beberapa tahun.
“Perairan yang panas telah memasak te-rumbu karang tahun ini,” kata Quigley kepada AFP.
Tambahnya, “Tidak salah kalau kita gunakan perkataan ‘belum pernah terjadi sebelum ini.’
“Ia telah melarat ke dalam, bukan hanya bahagian atas terumbu yang sedang memutih.
Banyak spesies terumbu karang yang berbeza juga sedang memutih.” – AFP
