Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penagih meningkat, perlu perangi dadah

    KOTA KINABALU, 1 April – Jumlah penagih dadah di seluruh negara meningkat sebanyak 18 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya, hakikat itu mendorong Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa masyarakat supaya meningkatkan usaha memerangi dadah.

    Anggota Majlis Eksekutif MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata dadah kekal menjadi musuh nombor satu negara dan menggesa orang ramai untuk memainkan peranan aktif dalam menjadikan Malaysia bebas dadah.

    “Tahun lepas jumlah penagih dadah dicatatkan sebanyak 25,992, dan daripada jumlah itu sebanyak 18,440 ialah penagih baharu. Daripada jumlah itu, penagih lelaki berjumlah 24,926, manakala 996 ialah wanita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Keluarga Berbasikal Ahad di sini, hari ini.

    Dengan kira-kira 80 peratus penagih dadah berumur antara 13 hingga 40 tahun, Lee berkata terdapat keperluan mendesak untuk masyarakat bersama-sama memerangi masalah dadah.

    Beliau turut menggesa anggota keluarga, khususnya ibu bapa, untuk terbabit secara langsung dalam kehidupan anak-anak mereka dan memantau aktiviti mereka bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa kepada penyalahgunaan dadah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda