Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penahanan Ghosn dilanjutkan

    TOKYO, 31 Dis – Bekas bos Nissan Carlos Ghosn akan menghabiskan awal tahun 2019 di penjara selepas sebuah mahkamah di Tokyo pada hari ini melanjutkan penahanannya sehingga 11 Januari.

    Tindakan itu diambil selepas pendakwa Jepun menahan semula Ghosn atas dakwaan baru pada 21 Disember, menghapuskan harapannya untuk pulang untuk Krismas.

    “Keputusan untuk melanjutkan tempoh penahanan dikeluarkan hari ini. Penahanan luput tempohnya pada 11 Januari,” kata Mahkamah Daerah Tokyo dalam satu kenyataan.

    Kes yang semakin meningkat terhadap jutawan kereta itu melambangkan perubahan nasib untuk seorang lelaki yang pernah disegani di Jepun dan tempat lain atas keupayaan beliau untuk memulihkan pengeluar kereta, termasuk Nissan.

    Sejak penahanan mengejutkan beliau pada 19 November, perkembangan terbaharu kes telah membelenggu Jepun dan dunia perniagaan dan mendedahkan sistem perundangan Jepun, yang telah menerima kritikan di dunia.

    Pihak berkuasa telah menjalankan tiga siasatan berasingan ke atas eksekutif Perancis-Lubnan-Brazil berusia 64 tahun itu, membabitkan kesalahan kewangan ketika tempoh beliau sebagai ketua Nissan.

    Mereka mengesyaki beliau bersubahat dengan orang kanan beliau, eksekutif AS, Greg Kelly, untuk menyembunyikan kira-kira separuh daripada pendapatannya dalam tempoh lima tahun fiskal dari 2010. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda