Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penahanan pengasas Telegram, Durov dilanjutkan

    MOSCOW, 26 OGOS – Penahanan pengasas Telegram, Pavel Durov di Perancis dilanjutkan pada petang kelmarin, lapor media Perancis memetik sumber.

    Keputusan untuk melanjutkan penahanan Durov dibuat oleh hakim penyiasat, dengan tempoh awal soal siasat berpotensi berlanjutan sehingga 96 jam, lapor Sputnik.

    Setelah tempoh itu berakhir, hakim boleh memilih untuk melepaskan Durov atau memutuskan untuk mengenakan tuduhan dan menahannya.

    Durov dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget pada petang Sabtu. – Bernama 

    Pavel Durov, semasa pertemuannya dengan Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia, Rudiantara di Jakarta, Indonesia pada Ogos 2017. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda