Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Croatia menang 4-2 ke atas Belanda

    ROTTERDAM, 15 JUN – Pemain tengah veteran Luka Modric menjaringkan penalti pada masa tambahan untuk memastikan kemenangan mendebarkan 4-2 untuk Croatia ke atas Belanda dan tempat ke final Liga Negara-Negara.

    Beribu-ribu peminat Croatia berpakaian merah-putih gembira melaungkan “Luka! Luka! Luka!” selepas pemain berusia 37 tahun itu menyempurnakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-116, kelmarin.

    “Kami tidak percaya berapa ramai peminat Croatia di stadium. Itu benar-benar luar biasa,” kata Modric melalui jurubahasa. “Mereka memberi kami sokongan yang hebat dan itu adalah sesuatu yang mendorong kami dan menggerakkan kami ke hadapan.” – AP

    Luka Modric meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol keempat pasukannya menentang Belanda di Rotterdam, Belanda, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda