Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penalti saat akhir beri kemenangan untuk Sociedad

    MADRID, 5 APRIL – Alexander Isak menyempurnakan sepakan penalti enam minit sebelum masa tamat ketika Real Sociedad memastikan kemenangan 1-0 ke atas Espanyol dalam liga Sepanyol kelmarin.

    Rembatan rendah daripada Isak memberikan Sociedad kemenangan keempatnya dalam enam perlawanan terakhir dan membuatkan kelab Basque itu semakin hampir untuk mendapatkan tempat di Eropah musim depan.

    Sociedad menduduki tempat keenam dengan 51 mata daripada 30 perlawanan. Ia berada dua mata di belakang Real Betis yang berada di tempat kelima dan enam mata daripada Sevilla, Atletico Madrid dan Barcelona, yang semuanya berkongsi 57 mata.

    Pasukan tuan rumah memperoleh penalti apabila Mikel Merino dikasari semasa masa penamat.

    Sociedad sepatutnya memperoleh gol selepas jaringan Alexander Sorloth dibatalkan kerana kekasaran pada awal separuh masa kedua.

    Ia adalah kekalahan pertama dalam empat perlawanan untuk Espanyol, yang berada di tempat ke-12.

    Real Madrid mendahului 12 mata di tangga teratas. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...