Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Penalti tidak adil’

    PORTO ALEGRE, 27 JUN – Jurulatih Brazil Tite mengakui gerun mengharungi ‘ketidakadilan’ penentuan sepakan penalti ketika tuan rumah bersedia berdepan Paraguay pada suku akhir Copa America, esok.

    Brazil dihantui badi penalti bertemu Paraguay selepas dua kali disingkirkan pasukan sama termasuk di peringkat suku akhir kejohanan benua berkenaan.

    Pada 2011, Paraguay mengatasi Brazil 2-0 menerusi penalti dan mara ke final di Argentina sebelum tewas kepada Uruguay.

    Empat tahun kemudian di Chile, mereka mengulanginya apabila menang 4-3 menerusi penentuan penalti tetapi disingkirkan oleh Argentina 6-1 di peringkat separuh akhir.

    “Saya tidak pernah tenang menghadapi penentuan penalti, perasaan saya mengenainya tidak pernah berubah,” kata Tite. “Penalti tidak adil, ia mewakili kejayaan atau kegagalan dan ia tidak adil. Saya tidak tahu bagaimana tetapi mereka patut mencari jalan yang lain.”

    Reaksi Tite ketika mengadakan sidang media di Porto Alegre, kelmarin. – AFP

    Pembantu jurulatih Brazil, Cleber Xavier mengakui Selecao “berlatih mengambil penalti pada semalam dan hari ini dan mula membincangkan strategi mengenainya.”

    Tite dalam pada itu cuba mengurangkan tekanan terhadap perancangnya, Philippe Coutinho yang pada awal minggu ini mengakui bergelut selepas mengharungi musim yang buruk di Barcelona.

    Dia menjaringkan gol ketika Brazil menewaskan Bolivia 3-0 pada aksi pembukaan tetapi hampa ketika bertemu Venezuela sebelum tampil dengan persembahan hebat ketika menewaskan Peru 5-0.

    “Apabila kamu bercakap mengenai Coutinho, kamu berkata Coutinho perlu menjadi perancang,” kata Tite menjawab soalan terhadap pemainnya itu. “Tiada pasukan patut melakukannya kerana jika tidak kamu perlu kembali ke masa silam di mana pemain nombor 10 perlu menjadi perancang.

    “Ia sudah berlalu. Bolehkan kita berkongsi tanggungjawab sedikit? Kami bermain dengan agak baik (menentang Peru) dengan pelbagai perancangan, jadi ramai pemain kami juga turut menyumbang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda