OUDENAARDE, Belgium, 3 April – Philippe Gilbert berkata dia mahu melakukan sesuatu yang istimewa untuk meraikan kemenangannya dalam Tour of Flanders ketika dia melepasi garisan penamat dengan membawa basikal di atas kepalanya.
Juara dari Belgium yang berusia 34 tahun itu melalui garisan penamat selepas kayuhan solo sejauh 55km untuk memenangi perlumbaan cobbled classic ‘Monument’ selama sehari sejauh 261km.
Melihat di belakangnya, dia boleh nampak sekumpulan tiga pengejar beberapa ratus meter di belakangnya.
Dengan kemenangan pasti, dia berhenti hanya sebelum garisan penamat, turun dari basikalnya, mengangkat tinggi di udara dan berjalan melintasi garisan dengan senyuman.

“Sehingga berbaki dua kilometer, saya tidak begitu pasti saya boleh meninggalkan pesaing di belakang kerana mereka tidak jauh ketinggalan di belakang,” kata penunggang dari Quick Step Floors itu.
“Saya memberikan tumpuan ke atas usaha saya sehingga hampir kilometer terakhir. Kemudian di jalan lurus yang panjang saya boleh melihat garisan penamat.
“Saya melihat ke belakang dan saya masih memiliki jurang jadi saya merasakan: “Saya akan melakukan sesuatu yang istimewa.”
“Saya rasa ini adalah gambaran yang bagus dengan basikal di udara dan jersi meregang, sesuatu yang istimewa.” – AFP