WASHINGTON, 31 OKT – Vaksin berkesan dan diberi tanpa menggunakan jarum suntikan.
Itu merupakan sasaran penyelidik yang melipatgandakan usaha sejak pandemik COVID-19, bagi mencipta penampal mampu memasukkan ubat melalui kulit tanpa rasa sakit, untuk menyelamatkan nyawa.
Teknik tersebut mampu mengelak kanak-kanak daripada menangis kesakitan dan membantu mereka yang fobia dengan jarum suntikan. Penampal pada kulit juga dapat memudahkan usaha mengedarkannya kerana ia tidak perlu di simpan dalam suhu sejuk, dan berkemungkinan meningkatkan keberkesanan vaksin.
Satu kajian tikus makmal dijalankan, diterbitkan dalam jurnal Science Advances, menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.
Sebuah pasukan Australia-Amerika Syarikat menggunakan penampal berukuran satu sentimeter persegi yang mengandungi lebih 5,000 ‘pepaku’ mikroskopik yang sukar dilihat dengan mata kasar, kata David Muller, seorang virologi di Universiti Queensland dan pengarang bersama kajian, memberitahu AFP.

Penyelidik menggunakan suatu yang dipanggil vaksin ‘subunit’ yang menghasilkan semula ‘pepaku’ pada permukaan koronavirus.
Tikus makmal disuntik sama ada menggunakan penampal selama dua minit atau disuntik menggunakan jarum.
Sistem imun pada tikus yang diberikan penampal menghasilkan paras antibodi peneutral yang tinggi selepas menerima dos kedua, termasuk dalam paru-paru yang penting untuk menghentikan COVID-19.
Selain itu, pencapaian menggunakan penampal juga mengatasi hasil suntikan jarum.
Penyelidik turut mendapati sebuah subkumpulan tikus makmal yang diberi hanya satu dos vaksin diberikan tambahan bagi merangsang tindak balas imun, tidak jatuh sakit langsung. – AFP