SEORANG wanita di Thailand tidak dapat mengenali anaknya yang berusia 22 tahun selepas dia menjalani pembedahan plastik secara drastik di Korea Selatan bagi rancangan televisyen yang popular. Melihat gambar lelaki itu sebelum dan selepasnya, memang jauh perbezaan.
Noppajit Monlin, seorang pekerja kilang berusia 22 tahun dari Thailand, sentiasa merasa malu dengan keadaan rahangnya, kulit bermasalah dan ketidaksempurnaan struktur wajahnya yang lain. Di tempat kerja, dia sering mengelak daripada rakan-rakan sekerjanya, makan tengah hari bersendirian, tidak menyertai mereka.
Ini kerana dia merasa malu diketawakan atau orang membuat muka yang kurang menyenangkan apabila melihatnya.
Jadi dia pun terpilih dalam rancangan ‘Let Me In’ edisi Thailand, sebuah rancangan popular di Korea Selatan yang mana memfokuskan kepada transformasi pembedahan plastik yang ekstrem.
Dia tahu bahawa dia akan mendapat peluang itu dan mengubah kehidupannya secara drastik kepada yang lebih baik.



Monlin telah diterbangkan ke Korea Selatan, di mana dia menjalani pelbagai prosedur rawatan dan menjadi seorang lelaki baru.
Rancangan Let Me In edisi Thailand itu telah membayar pembedahan pembetulan pada rahang, dahi dan kelopak matanya dan juga menjalani beberapa suntikan botoks serta rawatan kulit dalam mencerahkan lagi kulitnya.
Selepas tempoh pemulihan selama tiga bulan, lelaki muda itu kelihatan sangat terkejut sehinggakan ibunya sendiri tidak dapat mengenalinya.
Pada tayangan perdana Let Me In Thailand musim ketiga itu, Noppajit Monlin berwajah baharu dilihat duduk di meja, tepat bersebelahan dengan ibunya di sebuah restoran, sambil menunggu kemunculannya.
“Saya sangat merindukannya dan saya tidak berlakon,” kata wanita itu sambil mengalirkan air mata di hadapan kamera. Kemudian anak lelakinya itu berdiri dan mula berjalan ke arahnya.
“Ibu, adakah awak masih ingat saya? Lihatlah saya,” tanya Noppajit.
Kemudian ibunya mejawab “Adakah awak? Adakah awak anak saya?”
Menurut Coconuts Bangkok, wanita itu masih tidak percaya sambil mencari parut-parut pembedahan untuk meyakinkan bahawa lelaki muda itu benar-benar anaknya.
“Orang kata saya orang yang berbeza. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang memperkatakan wajah saya ini tidak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya memiliki lebih ramai kawan,” kata Noppajit dalam rancangan itu.
Walaupun dia kini kelihatan seperti model lelaki Korea Selatan, Noppajit mengatakan bahawa dia masih lelaki yang sama.