Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penampilan era 70an

    PARIS – Chloe meninjau semula era 1970an yang penuh gilang-gemilang, digabungkan dengan pengaruh Karl Lagerfeld, sementara membawa fesyen itu ke era baharu dalam pertunjukan sulung pereka baharunya, Chemena Kamali, baru-baru ini di Minggu Fesyen Paris.

    Walaupun jenama Lagerfeld kekal dalam estetika fesyen, Kamali adalah yang terbaharu dalam kumpulan pereka wanita termasuk Gabriela Hearst, Clare Waight Keller dan Phoebe Philo yang semakin meningkat.

    Pereka sedemikian adalah penting bagi membantu mencipta semula fesyen yang sedia untuk dipakai dalam tempoh pasca perang 1950an yang membebaskan wanita daripada kekangan formaliti.

    CHLOE MEMANDANG KE MASA DEPAN

    Kembali ke asal-usulnya, Kamali mencabar zaman kegemilangan fesyen 70an dan, dalam proses itu, telah menarik perhatian dunia fesyen yang hebat dan sesuai untuk penampilan sulungnya. Pertunjukan itu adalah antara yang paling menarik di Minggu Fesyen Paris.

    Para hadirin terdiri daripada dinasti fesyen yang mengimbau kembali masa lampau dan melihat ke masa depan.

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan koleksi sedia pakai Chloe bagi musim luruh dan sejuk 2024-2025 di Minggu Fesyen Paris. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    Pat Cleveland, model ikonik dan merupakan salah seorang wanita kulit hitam pertama yang mencatat kejayaan dalam dunia fesyen pada tahun 1960an dan 1970an, pernah bergambar dengan anak perempuan yang juga model, Anna Cleveland.

    Dunia fesyen kemudian disusuli oleh Jerry Hall dan Georgia May Jagger, anak perempuan model Hall dan Mick Jagger. Mereka duduk selesa berhampiran Mikhaela Aghion, cucu kepada pengasas Chloe, Gaby Aghion.

    PENAMPILAN KREATIF KAMALI

    Kamali, seorang pereka berusia 42 tahun dari Dusseldorf yang semakin meningkat popular, berkata, ‘rasa nostalgia’ dan ‘sesuatu yang mencetuskan kenangan lama’ telah menjadi asas jenama – dilihat bukan hanya pada bintang terkenal yang hadir, tetapi juga pada pakaian yang mempunyai warisan masa lalu dan juga masa hadapan.

    Untuk musim luruh, corak ropol bertingkat-tingkat pada tahun 1970an dalam rona lembut ibarat bidadari memberikan ciri-ciri estetika bagi pertunjukan dalam ruang pentas yang dihiasi pelbagai corak dan bentuk.

    Konkrit yang berlubang dan plaster yang kasar menampilkan keunikan menerusi rekaan fesyen yang bersifat kewanitaan.

    Koleksi yang istimewa mempunyai detik-detik yang mampu memberikan kejutan. Gaun kembang yang kadangkala dipadankan dengan but kulit berkilat pada paras paha yang berjenama menambah lagi kontras gaya yang tidak dijangka.

    Begitu juga, kilauan tali pinggang Chloe logam emas, kancing leher anggur emas atau beg tangan kulit besar berwarna perang hampir sama saiz dengan model yang memperagakannya. Fabrik berlapis bulu dan seluar ketat gaya lanun juga menyerlah lagi gaya 1970an.

    Kamali berkata dia berhasrat untuk menghormati pembebasan warisan jenama dan inovasi fesyen itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda