Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penampilan hebat Range Rover Sport SVR dalam filem James Bond

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Indera Motors Sdn Bhd

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Range Rover Sport SVR telah membuat penampilannya dalam penggambaran filem James Bond terbaharu No Time To Die yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula akhir September ini.

    Kenderaan aksi profesional dalam filem James Bond baharu tersebut menyaksikan Land Rover paling hebat yang pernah dibuat.

    Ia juga menayangkan prestasi mewah kenderaan SUV tersebut di tengah-tengah aksi dijalankan.

    Lee Morrison, koordinator aksi filem berkenaan antara lain menyatakan bahawa beliau sangat teruja aksi dalam filem itu menggunakan kenderaan Range Rover Sport SVR yang cukup sempurna dan bertepatan dengan jalan penceritaannya.

    Range Rover Sport SVR membawa prestasi mewah ke suatu tahap yang baharu dengan pemanduan yang dinamik dikuasai dengan enjin V8 supercharged 575PS yang berkuasa tinggi, menjadikannya pilihan yang tepat untuk peranan dalam filem tersebut. 

    Range Rover Sport SVR semasa dalam penggambaran filem James Bond terbaharu No Time To Die yang akan ditayangkan hujung September ini.
    Range Rover Sport SVR membawa prestasi mewah ke suatu tahap yang baharu dengan pemanduan yang dinamik dikuasai enjin V8 supercharged 575PS yang berkuasa tinggi.

    Ia dapat memecut dari 0-100kmsj dengan hanya memakan masa 4.5 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 283kmsj, menjadikannya Land Rover terpantas yang pernah ada.

    Range Rover Sport SVR yang digunakan dalam No Time To Die mempunyai suspensi yang diselaraskan khas yang sama seperti model produksi yang dirancang oleh jurutera di Land Rover Special Vehicle Operations untuk memberikan pengendalian yang lebih responsif dan kawalan badan yang lebih kemas tanpa menjejaskan keselesaan.

    Sepasang model Eiger Grey dilengkapi dengan roda aloi 22 inci Hitam Narvik dan Pek Karbon pilihan, yang merangkumi ventilasi fender depan Gloss Carbon Fibre, bampar yang lebih rendah, gril dan cermin. Bonet berventilasi SVR Carbon Fibre ringan pilihan mempunyai kemasan berwarna dalam No Time To Die, tetapi juga boleh ditentukan dengan bahagian pusat serat karbon yang terdedah.

    Sementara itu Pengarah Operasi Pemasaran Jenama Land Rover dan Jaguar, Finbar McFall menyatakan bahawa Range Rover Sport SVR dalam No Time To Die membuat gabungan prestasi yang unik yang mana kombinasi ini boleh diikuti atau ditiru sempena meraikan pelancaran filem James Bond ke-25 ini.

    Range Rover, SUV mewah yang asli ini membuat taya-ngan perdana di dunia pada tahun 1970. Sejak itu ia telah berkembang termasuk Range Rover Sport, Evoque dan Velar. No Time To Die juga akan menampilkan Range Rover Classic bersama tiga Defenders dan Series III Land Rover.

    Range Rover Sport SVR dalam No Time To Die boleh didapati di Indera Motors Sdn Bhd (Brunei Darusssalam) dengan permintaan tempahan khas yang didatangkan dalam pelbagai pilihan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda