Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penampilan lebih elegan dengan Edisi Platinum Cayenne

    Oleh Yusrin Junaidi 

    Porsche baru-baru ini telah melancarkan Edisi Platinum baharu bagi model Cayenne.

    Edisi khas SUV ini dicirikan dengan elemen reka bentuk yang eksklusif dalam kemasan cat Platinum Satin serta peralatan standard tambahan yang sangat bergaya. Edisi Platinum ini tersedia bagi model Cayenne, Cayenne E-Hybrid dan Cayenne S serta varian Coupe.

    Menurut kenyataan QAF Eurokars Sdn Bhd, penampilan Edisi Platinum Cayenne yang diperhalusi dan eksklusif dicirikan oleh pelbagai butiran khusus dalam model Platinum kemasan satin.

    Corak pada slat udara hadapan, huruf Porsche yang disepadukan dalam jalur lampu belakang LED, penetapan nama model di bahagian belakang dan tayar reka bentuk RS Spyder 21 inci standard, dikhususkan secara eksklusif untuk edisi Platinum, semuanya dicat dalam warna tersebut.

    Paip ekzos sport dan trim tingkap sisi dalam warna hitam lebih menekankan penampilan sporty dan elegan pada siri istimewa ini. Padanan warna tersedia dalam putih dan hitam, kemasan cat metalik dalam Jet Black, Carrara White, Mahogany, Moonlight Blue dan warna khas Crayon.

    Bahagian dalaman direka dengan lebih bergaya, tali pinggang keselamatan Crayon dan ambang pintu aluminium dengan logo Platinum Edition menambah sentuhan istimewa, begitu juga pakej dalaman aluminium bertekstur dan kemasan berwarna perak.

    Edisi Platinum Cayenne juga dilengkapi dengan peralatan lanjutan sebagai standard.

    Ini termasuk lampu depan LED, sistem lampu dinamik Porsche (PDLS), sistem bumbung panoramik, kaca privasi, sistem pembesar suara Bose, pencahayaan ambien, tempat duduk sport kulit lapan hala, Porsche Crest di bahagian hadapan dan belakang tempat letak kepala, dan jam analog pada papan pemuka.

    Porsche Exclusive Manufaktur juga menawarkan pelbagai pilihan penambahbaikan untuk dalaman dan luaran daripada perubahan terpilih kepada pengubahsuaian yang meluas.

    Edisi Platinum Cayenne tersedia untuk tempahan sekarang untuk enjin 250 kW (340 PS) Cayenne, Cayenne E-Hybrid dengan keluaran sistem enjin 340 kW (462 PS), dan enjin 324 kW (440 PS) Cayenne S.

    Edisi khas SUV ini dicirikan oleh elemen reka bentuk yang eksklusif dalam kemasan cat Platinum Satin serta peralatan standard tambahan. – Gambar serahan Porsche
    Bahagian dalaman direka dengan lebih bergaya bersama jam analog pada papan pemuka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda