Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penampilan Lisa Blackpink di Istana Buckingham dapat pujian

    Kemunculan penyanyi Lisa Blackpink di Istana Buckingham London pada Selasa lalu mencuri perhatian warganet yang kagum dengan penampilannya yang bagaikan puteri diraja.

    Lisa yang tampil menggayakan gaun berona biru laut dan dipadankan dengan kasut berwarna emas bersama kalung berlian dari Bulgari.

    Gaun akuamarin tersebut merupakan koleksi ready to wear RTW Spring 2024 yang direka oleh pereka fesyen Lubnan iaitu George Hobeika, menurut laporan mStar.

    Lisa bersama anggota Blackpink yang lain dijemput ke istana berkenaan bagi menghadiri Majlis Jamuan Negara Korea Selatan dan United Kingdom bersama Raja Charles III.

    Pemilihan pakaian tersebut mendapat pujian peminat yang menyangka dia adalah seorang puteri raja selain kelihatan seperti watak Elsa yang popular menerusi filem Frozen.

    “Lisa cantik! Beri sokongan dengan cara tersendiri.

    “Dia sentiasa bijak dalam memilih pakaian. Macam Frozen Elsa dalam kehidupan sebenar,” antara komen warganet.

    Pada majlis tersebut, Lisa bersama tiga anggota lain iaitu Rose, Jisoo dan Jennie menerima anugerah Most Excellent Order of the British Empire (MBE). – Agensi

    Gaun digayakan Lisa curi perhatian warganet. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...