Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penampilan pertama Zirkzee buahkan hasil

    LONDON, 18 OGOS – Joshua Zirkzee mengakui ia adalah perasaan yang tidak dapat dipercayai untuk menandakan penampilan sulungnya di Manchester United dengan gol lewat untuk kemenangan dramatik 1-0 menentang Fulham.

    Zirkzee turun dari bangku simpanan pada separuh masa kedua di Old Trafford Jumaat lalu dan memberikan kesan pertama yang tidak dapat dilupakan apabila jaringannya pada minit ke-87 memberikan United permulaan yang sempurna untuk musim baharu.

    Penyerang Belanda itu melengkapkan perpindahnnya dari Bologna sebulan lalu, tetapi merupakan antara beberapa pemain United yang diberikan rehat tambahan selepas Euro 2024.

    Dia terlepas semua perlawanan persahabatan United dan merupakan pemain gantian yang tidak bermain dalam kekalahan Perisai Komuniti hujung minggu lalu kepada Manchester City. Zirkzee, 23, akhirnya membuat penampilan pertamanya menerusi jersi merah United menentang The Cottagers, dengan kemenangan yang menjadikannya detik yang tidak akan dilupakannya.

    “Perasaan yang hebat, tiada yang lebih baik daripada ini. Apa yang boleh saya katakan? penamiplan pertama, menang, menjaringkan gol di hadapan Stretford End, jadi ia sukar dipercayai,” katanya.

    Zirkzee mengambil peluang untuk menyertai pasukan Erik ten Hag selepas menyerlah dalam kempen Serie A, Bologna, yang cemerlang pada musim lalu. – AFP

    Reaksi Zirkzee selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak di Old Trafford pada 16 Ogos di Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda