Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penanda aras automotif premium

    PENGENALAN BMW 5 Series M Sport iaitu generasi ketujuh Sedan Sports eksekutif paling progresif oleh BMW menjanjikan kualiti pemanduan menakjubkan dan menjadi penanda aras baru dalam segmen automotif premium.

    BH Auto melaporkan, sedan BMW 5 Series mencipta satu legasi dalam segmen automotif premium kerana ia menawarkan prestasi tiada tandingan, elegan, serta menggabungkan kejuruteraan termaju dengan inovasi yang sofistikated. Tidak keterlaluan untuk mengatakan model ini adalah sedan paling berjaya yang pernah dihasilkan BMW setakat ini.

    Dengan dinamik pemanduan yang dipertingkatkan, rangkaian sistem bantuan, tahap ketersambungan tiada tandingan dan sistem operasi inovatif baharu, BMW 5 Series serba baharu ialah sebuah sedan eksekutif premium paling inovatif setakat ini dan menjadi peneraju kepada aspek mobiliti masa depan segmennya.

    Walaupun ketika tidak bergerak, BMW 530i M Sport serba baharu mencetuskan impresi yang penuh kuasa. Buat pertama kalinya, gril kidney dan lampu utama pada sedan eksekutif paling sporty generasi ketujuh ini digabungkan bersama.

    Lampu utama BMW Adaptive LED sepenuhnya dan lampu nyalaan siang LED telah dipertingkatkan dengan lampu berbentuk bulat serta lampu tinggi yang menawarkan jarak sehingga 500 meter.

    BMW 5 Series M Sport penanda aras baru dalam segmen automotif premium.

    Rekaan garis bumbung yang rendah di bahagian belakang sedan ini menyerlahkan penampilan seperti sebuah coupe yang maskular dan elegan. Manakala bahagian belakang yang lebar menyerlahkan prestasi tinggi BMW 5 Series S serba baharu.

    Penggunaan bahan aluminium dan besi berkekuatan tinggi berjaya mengurangkan berat BMW 5 Series serba baharu sehingga 100 kilogram berbanding model sebelumnya.

    Casis rekaan baru, titik graviti rendah, pembahagian berat seimbang yang menjadi DNA BMW dan badan yang ringan jelas dapat menawarkan ketegaran torsi.

    Banyak penambahbaikan dari segi aerodinamik dan elemen untuk mengoptimumkan laluan angin telah dibuat. Ini termasuklah unit kawalan corong udara di dalam gril, inlet udara, Air Curtains pada apron hadapan dan ciri Air Breathers pada wings hadapan.

    Dengan pakej M Sport, BMW 530i M Sport serba baharu jelas mengutamakan aspek pemanduan yang dinamik kerana ia dilengkapi rim aloi ringan bersaiz 19 inci dengan rekaan dua jejari bersama gabungan tayar, brek M Sport dan angkup yang dicat berwarna biru dengan huruf ‘M’.

    Tidak ketinggalan, komponen M Aerodynamics yang didatangkan dengan warna badan, penutup sil sisi, apron hadapan dan belakang jelas menampilkan sifat BMW 5 Series Serba Baharu yang atletik.

    Kehalusan kualiti buatan bahagian dalaman sedan eksekutif premium baru BMW ini juga menetapkan satu standard baru dari segi keselesaan.

    Di ruang kabin pula, BMW 5 Series serba baharu dipasang dengan tempat duduk sports untuk pemandu dan penumpang hadapan.

    Kehalusan kualiti buatan bahagian dalaman sedan eksekutif premium baharu daripada BMW ini juga menetapkan satu standard baru dari segi keselesaannya, selain ruang but kargo lebih besar mencecah 530 liter.

    BMW 530i M Sport serba baharu bukanlah sebuah kereta yang boleh dipandang ringan kerana enjinnya diasaskan daripada keluarga enjin modular BMW EfficientDynamics yang baru dibangunkan.

    Teknologi BMW TwinPower Turbo yang hadir bersama pengecas turbo Twin Scroll, sistem Pancitan Terus Berketepatan Tinggi, sistem kawalan injap boleh ubah sepenuhnya VALVETRONIC dan pemasaan aci engkol boleh ubah Double-VANOS berfungsi secara harmoni untuk menawarkan prestasi dengan penjimatan yang luar biasa.

    Enjin petrol 4-silinder sebaris generasi terkini bersesaran 2.0 liter dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan Steptronic Sport yang dioptimumkan.

    Rangkaian kuasa ini mampu menawarkan BMW 530i M Sport dengan kuasa maksimum 252 kuasa kuda (hp), tork sehingga 350Nm dan pecutan dari 0 – 100km/j dalam masa cuma 6.2 saat bersama kelajuan maksimum 250 kilometer sejam (km/j).

    Purata penggunaan bahan api BMW 530i M Sport serba baharu ialah 5.8 liter bagi setiap 100 kilometer (km) dengan emisi C02 sekitar 132 gram bagi setiap satu kilometer.

    Enjin petrol 4-silinder sebaris generasi terkini bersesaran 2.0 liter dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan Steptronic Sport.

    Dari segi pemanduan, sistem Driving Experience Control dengan mod keempat, ADAPTIVE – tambahan kepada mod pemanduan COMFORT, SPORT dan ECO PRO memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik.

    Mod ADAPTIVE berfungsi bersama Dynamic Damper Control (DDC) dan Navigation System Professional di mana stereng, DDC serta sistem Steptronic akan mengadaptasi gaya pemanduan semasa serta laluan secara automatik.

    Model yang dilengkapi sistem iDrive generasi terkini memaparkan ciri navigasi, hiburan dan fungsi kenderaan menerusi skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz 10.25 inci. Sistem itu boleh dioperasikan dengan menggunakan kawalan iDrive, arahan suara atau menyentuh paparan secara langsung.

    Tahap keselesaan di dalam kabin dipertingkatkan lagi menerusi sistem pendingin hawa automatik dengan 4 zon kawalan. Tidak ketinggalan, tempat duduk sport yang boleh ditala secara elektrik bersama fungsi Memori untuk pemandu serta lapisan pelindung matahari.

    Apa yang menarik ketika memandu selain keselesaan adalah teknologi Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go mampu mengubah suai kelajuan yang telah ditetapkan sebelum ini berdasarkan kepada situasi trafik menggunakan radar dan data kamera.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda