Friday, May 16, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penanda aras perkembangan bidang perubatan

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 3 OGOS – Penyediaan mesin imbas tomografi berkomputer (imbas CT) merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dengan menyediakan teknologi terkini kepada orang ramai terutama bagi penduduk di Daerah Tutong.

    Sehubungan itu, penggunaan mesin imbas CT telah dirasmikan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, hari ini.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin berserta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kesihatan.

    Hospital PMMPMHAMB telah dibekalkan sebuah mesin imbas CT jenis 64-slice single-source yang mana kerja-kerja pemasangan dan uji cuba telah selesai pada 13 Julai lalu.

    Kaedah imbasan CT telah dibuktikan sebagai lebih sensitif berbanding kaedah X-ray biasa dalam mengesan dan memantau perubahan paru-paru bagi pesakit-pesakit yang disyaki dan pesakit-pesakit yang telah disahkan menghidap jangkitan COVID-19.

    Selain itu, mesin imbas CT tersebut juga akan dapat dimanfaatkan di Bahagian Radiologi hospital berkenaan dengan memperkenalkan perkhidmatan imbasan CT yang lain seperti pemeriksaan toraks, abdomen dan pelvis (CT TAP) serta pemeriksaan jantung (cardiac CT).

    Ketua Radiologi, Kementerian Kesihatan, Dr Kim Kian Chai dalam temu bual ringkas bersama Media Permata selepas majlis perasmian berkenaan menyatakan bahawa penyediaan mesin imbas CT berkenaan bermatlamat untuk memberikan kemudahan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan imbas CT di Daerah Tutong agar tidak perlu dihantar ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi mendapatkan khidmat berkenaan.

    Dr Kim menerangkan bahawa sebelum ini, pesakit dari Daerah Tutong perlu pergi ke Hospital RIPAS bagi mendapatkan perkhidmatan imbasan CT dan ia telah menambahkan kesulitan kepada para pesakit serta ahli keluarga mereka dan menambah beban kepada sumber khususnya dalam keperluan untuk mengangkut pesakit dari Daerah Tutong ke Daerah Brunei dan Muara bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

    Beliau menyatakan bahawa imbasan CT dapat memberikan maklumat yang berguna kepada para doktor bagi membuat keputusan mengenai pengurusan rawatan terbaik untuk pesakit-pesakit mereka.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan diberikan penerangan mengenai mesin imbas CT yang baharu di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, kelmarin. – Gambar oleh James Kon
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyempurnakan perasmian mesin imbas CT yang baharu di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/