Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penangguhan Sukan Olimpik peluang perbaiki kelemahan

    KUALA LUMPUR, 25 MAC – Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melihat penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu peluang terbaik untuk dirinya, memperbaiki kelemahan yang ada.

    Juara dunia keirin 2017 itu yang lebih mesra dengan panggilan ‘Jijoe’ dalam kalangan rakan sepasukan menegaskan perkara itu, kerana beliau sudah mempunyai ‘resipi rahsia’ untuk mencapai kejayaan, pada temasya sukan terbesar dunia itu nanti.

    “Buat masa ini, saya dan jurulatih (John Beasley) serta pasukan akan merangka pelan perancangan baru, untuk persiapan Sukan Olimpik pada tahun hadapan.

    “Yang pasti adalah, latihan kami akan tetap diteruskan seperti biasa, dan tiada istilah ‘berbulan madu’ walaupun kita semua dalam perintah berkurung sekarang,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp.

    Anak jati Dungun, Terengganu ini yang kini berada di Melbourne, Australia mendedahkan, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Beasley berhubung program latihan di rumah, bagi memastikan dirinya kekal cergas sebelum menghadapi Sukan Olimpik 2020 pada tahun depan.

     “Saya di rumah buat kerja rumah bersama anak-anak saya, memandangkan sekolah (di Melbourne) ditutup. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda