Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penangguhan tarif tambah ketidaktentuan perdagangan global

    GENEVA, 9 JULAI – Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif utama terhadap kebanyakan rakan dagangan mungkin memberikan sedikit kelegaan, namun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kelmarin bahawa langkah itu turut memanjangkan lagi tempoh ketidaktentuan dalam perdagangan global.

    Beberapa hari sebelum tempoh tiga bulan penangguhan tarif sempena ‘Hari Pembebasan’ tamat, Trump mengumumkan pada Isnin bahawa dia akan memberikan lanjutan tiga minggu kepada rakan dagangan bagi merundingkan perjanjian untuk mengelakkan bayaran tarif tinggi ke atas eksport mereka ke ekonomi terbesar dunia itu.

    Trump sebelum ini telah mengumumkan tarif besar-besaran terhadap import pada 2 April, termasuk tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua negara. Namun, berikutan kemelut pasaran, dia segera menggantung pelaksanaan tarif melebihi 10 peratus sehingga 9 Julai.

    Namun, sebelum tarikh akhir itu, dia telah menghantar surat kepada puluhan negara – termasuk rakan dagangan utama seperti Jepun dan Korea Selatan – dengan menetapkan kadar tarif yang akan dikenakan jika mereka gagal mencapai perjanjian menjelang tarikh baharu pada 1 Ogos.

    Pengarah Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) yang disokong oleh PBB, Pamela Coke-Hamilton berkata kepada pemberita di Geneva bahawa lanjutan itu bukanlah sesuatu yang semestinya baik. – AFP

    Bendera PBB berkibar di Palais des Nations, yang menempatkan pejabat-pejabat PBB di Geneva pada 9 Disember 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda