Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penantian 10 tahun peminat CNBLUE berakhir

    Penantian 10 tahun peminat CNBLUE menyaksikan persembahan kumpulan itu di Malaysia bakal berakhir.

    Kumpulan popular dari Korea Selatan itu bakal singgah di Kuala Lumpur bagi menjayakan 2024 CNBLUE Live CNBLUENTITY pada 20 April depan.

    Konsert anjuran Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment itu bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada pukul 8 malam.

    Kehadiran mereka nanti pastinya bakal membuatkan peminat mengenang kembali lagu-lagu popular CNBLUE seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love, Can’t Stop dan banyak lagi.

    Selain itu, CNBLUE juga akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu terbaharu serta beramah mesra dengan peminat setia mereka yang digelar BOICE.

    CNBLUE dianggotai tiga ahli iaitu Jungshin, Yonghwa dan Minhyuk. – mStar

    CNBLUE dianggotai oleh Yonghwa selaku vokalis utama dan gitar, Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bas).

    Sepanjang kerjaya mereka, band itu telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dengan diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi.

    Memetik laporan mStar, kumpulan itu juga menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.

    Selain muzik, ketiga-tiga ahli itu juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama.

    Yonghwa pernah popular menerusi siri komedi Brain Works dan Minhyuk membintangi drama Popular Celebrity tahun lalu.

    Jungshin pula memainkan peranan utama dalam drama komedi romantik Shooting Stars dua tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...